Monday, January 31, 2011

Jom masuk GA Aida Al-Kesah

Jom2 kita joint GA anjuran Aida sempena CNY . Selain dari syarat2nye yang mudah yang paling menarik mestilah hadiah2 yang ditawarkan....


Hadiah Pertama yang ditawarkan.... cantikkkkkkkkkkkkknye

Hadiah kedua... yang ni pun cantikkkkkkkkkkkk. Mummy lagi suka yang ni...puh kanan puh kiri... menanglah aku GA ini...hahah sempat jampi lagi ni..

Senang je nak masuk GA ni,

(1) Mestilah jadi follower kak aida dulu. - DONE
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda. Dah link - DONE
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment. - DONE
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes). - KOMPOM LAHIR DAN TINGGAL KAT MSIA

Monday, January 24, 2011

Birthday wish list

My birthday wish list untuk 2011... tak banyak pun ada 3 je dalam senarai... tapi boleh dapat ke lagi 2 hari je ni... hhuhuhu

1. Set teko dan cawan 5 roses

2. Kalau no 1 tu tak dapat, dapat teko montoksss ni pun dah bersyukur...

 
3. Teko montoks tak dapat... dapat teko siku ni pun syukur gak...

Note : Gambar2 diambil dari blog Kak Nanie @ Koleksi Antik Nanie ... pinjam gambar ya kak. Wahai bangsi ajaib kau hantarkan la set teko di atas ke rumah ku segera.... *** plinkkkkk *** ... tunggu je la bangsi ajaib jumpa rumah Mummy ke tak ... huhuhu

Thursday, January 20, 2011

DIY : Rumah Baru

Koleksi bunga kangkung Mummy dapat rumah baru, ya la hari tu duduk menumpang kat rumah sementara dengan family lain so sekarang ni berkumpul dengan family sendiri je la...Rumah baru 4 tingkat ada dua blok.
Rumah baru 4 tingkat dan ada basement untuk BK, boleh isi banyak lagi ni.... heheh. Tengok tu ada satu floor kosong lagi, menanti penghuni baru yang tak tau bila akan sampai

Jom kita tengok penghuni Blok A...
Penghuni 4th floor... teko ala2 aladin, sugar pot dan dua set cawan mulut lebar berlainan saiz


Penghuni 3rd floor ... 5 cawan bujang, set cawan bujang dan 6 cawan teh cina


Penghuni 1st floor Antara pinggan2 yang ada ...

Penghuni Blok B....

Penghuni 1st floor.. pinggan bujur, pinggan kuih dan pinggan kuah



Penghuni 2nd floor... tureen sebiji dan mangkuk nasi dan pinggan bujur... Jeles dengan Som ni sebab dia ada 2 mangkuk turen berpenutup


Penghuni 3rd floor ... 3 mangkuk besar dan 3 mangkuk kecik....siap dengan sudu


Penghuni 4th floor ... teko 4 beradik .... kesian adik bungsu tu sebab tak ada penutup...Mug yang tumpang enterprem tu cantikkan...

Tingkat 2 Blok A masih  kosong .... emmm bila yer nak berisi... tak sabar nak gi kedai apek untuk tambah koleksi.... sabar...tunggu gaji dulu...

Rumah sementara sekarang ni dihuni secara beramai2 oleh keluarga bunga padi, bunga lalang, kekwa hitam dan bunga anggur... tunggulah kut2 ada rezeki lebih boleh le beli rumah baru untuk koleksi2 ni.
 
Behind the scene - DIY display wardrobe...

Almari ni beli kat IKEA, so klu beli kat IKEA tu cam biasalah kena bawak sendiri dan pasang sendiri. Kalau nak dia orang hantar dan pasangkan pun boleh gak tapi bayar la... ni kes nak jimat lah.. sumbat semua dalam naza dan daddy tukang pasang... Mummy tolong gak la... tolong tengok... hehe... Tak la, Mummy tolong ketatkan skru, tolong pegang dan tolong angkat gak. Sebelum buat tu kena baca dulu manual...


Membelek2 skru dan besi penyambung... elok2 bang jangan pasang terbalik pulak


Bila tak faham baca manual semula

Dah ada bentuk almari ni...

Dah hampir siap ni...


Part paling susah nak pasang glass door


Siap juga akhirnya

Wednesday, January 19, 2011

Bunga Anggur

Set cawan bunga anggur ni Mummy beli dari Kedai Nanie . Harga untuk 6 set cawan ni RM90. Harap2 lepas ni dapat jumpa dengan teko, sugar pot & milk jar dia pulak.

 
 
Cantikkan corak cawan bunga anggur ni...

Close-up sikit bunga anggur ni...

Tuesday, January 18, 2011

Mangkuk Bunga2 Jacobs

Jacob's lagi ... kal ini mangkuk berbunga2...

Mangkuk comel 4 warna - merah, maroon, oren dan biru. Tak tau apa warna yang ada lagi.

Cantik mangkuk dia... sesuai untuk makan mee segera

Monday, January 17, 2011

Set Kekwa Hitam

Set di atas yang terdiri dari 1 teko, 7 pasang set cawan mulut lebar, piring saiz 9" (3 keping), piring saiz 7" (4 keping) dan piring saiz 6" (1 keping) Mummy beli dari Kedai Nannie (Kak Nanie pinjam gambar sat ye! Tak sempat nak amik gamba sendiri). Lepas nego2 dapat la set kat atas dengan harga RM220

Thursday, January 13, 2011

Mangkuk Jacobs 'Feel Good Snacking'

Lagi n3 berkenaan hadiah2 dari Jacob's...

Mangkuk cereal seramik Jacob's 'Feel Good Snacking'. Tak tau ada berapa warna tapi Mummy ada yang warna biru dan kuning je.

Sesuai digunakan untuk makan sup.


Wednesday, January 12, 2011

Teko & Mug Jacob's

Mummy memang peminat biskut Jacob's. Tapi cuma dua jenis biskut dia je yang Mummy suka, creamcracker dan oatmeal je. Banyak hadiah2 cenderahati yang Mummy dapat bila beli biskut Jacob's ni, antaranya teko mini, mug, mankuk berbagai dan juga pinggana. Kali ni Mummy nak tayang teko dan mug je dulu. Lain kali Mummy buat n3 tentang yang lain. 

3 teko dan 2 mug Jacobs. Actually Mummy rasa mug tu Mummy ada lebih cuma tak cukup rajin la pulak nak menyelongkar stor... heheh

3 sederet, teko yang hujung tu masa dapat muncung dia dah patah...  tak perasan la pulak masa tu...

Comel kan...

Close-up sikit

2 mug - sama bentuk dan corak tapi warna dia berbeza sikit... satu coklat gelap dan lagi satu cerah sikit. Mug ni Mummy rasa cantik untuk hiasan je sebab bila kita gunakan untuk minum Mummy rasa macam susah la pulak, mungkin sebab permukaan dia lurus dan tegak je (cawan biasa bulat) so ada harapan meleleh2 air tumpah bila kita minum.

Teko & Cawan Bunga Padi

 
Set bunga padi mengandungi 1 teko dan 5 cawan mulut lebar beserta piring

 
5 set cawan bunga padi ni Mummy beli dari Wafiyhouse's Collection . Set cawan ni harga dia RM 90 campur courier

 
Teko bunga padi ni dapat kat flea market MAEPS MARDI. Harga RM80.

p/s Tujuan Mummy letak harga kat sini adalah untuk nota dan Mummy jer, manalah tau masa akan datang Mummy dah tak suka koleksi ni bolehlah Mummy jual semula... heheh

Monday, January 10, 2011

Flea Market @ MAEPS MARDI

Hari Sabtu lepas, balik dari re-union ex-isk-utm Mummy ajak Daddy singgah kat flea market di MAEPS MARDI. Dah lama Mummy nak pegi tapi tulah tak sempat2 pun nak pegi. Dah kebetulan lalu depan MAEPS dalam pukul 5pm so singgh la kejap.

Masa Mummy sampai tu tak banyak lagi orang yang berniaga, adalah dalam 15 gerai kut. Mummy pusing lah gak sebab nak cari kut2 ada pinggan mangkuk lama. Tapi cam menghampakanlah pulak sebab cuma jumpa satu brother je jual barang2 lama tapi dia jual barang2 tembaga je. Mummy tanya kat dialah tak ada ke jual pinggan2 mangkuk lama... so memang tak jual. Tapi dia kata kat baris belakang ada orang jual pinggan2 lama tapi org tu belum datang berniaga lagi.

Lepas lepak2 kejap dan pekena air ngan keropok lekor Mummy pun nak balik. Dalam kereta ni mata masih melilau lagi, mana ler tau kut2 ternampak orang jual pinggan mangkuk lama... emm dah m emang rezeki Mummy kut, tetiba ternampak ada satu kakak tengah keluarkan pinggan2 dari bungkusan kertas, so Mummy suruh Daddy berhenti parking kejap sebab Mummy nak pegi tengok... oooo rupa2 memang betul la, kakak ni jual pinggan mangkuk lama, dia baru sampai dan baru nak susun2 barang.

Mummy balik ke kereta suruh Daddy lepak dulu dlm kereta semntara Mummy nak cuci2 mata dulu... heheh. Ada 3 orang jual pinggan mangkuk lama kat sini, senang jer dia orang sederet ... Mummy dah start rambang mata ni... heheh....

Kakak ni duduk kat Bandar Tun Hussin Onn... dia bagi no tepon suruh dtg rumah sebab kat rumah banyak lagi koleksi yang nak dijual tapi hilang lah pulak no dia

Antara pinggan2 yang ada... botol susu lama dan pelita minyak tanah lama pun ada

Tokey Kedai Ipoh Loken baru nak susun2 barang.... tin2 dan botol2 coke lama pun banyak

Teko2....

Hampir sejam gak Mummy duduk depan gerai2 tu... semuanye cantik dimata dan dihati, cuma tidak cantik dimata.... hahaha.

Korang agak2 apa yang Mummy beli?

Kalau ikutkan hati memang rasa semua benda nak ambik, so disebabkan ikut poket kat ataas jer tu yang mampu dibeli...

Dah lama mencari mangkuk ni, akhirnya dapat gak... RM 40. Sangat suka dengan mangkuk ini...

Mangkuk nasi... RM 30

Teko bunga padi RM80

4 cawan mulut lebar buluh RM 60 dan 2 pinggan 7" RM 20

p/s Tujuan Mummy letak harga kat sini adalah untuk nota Mummy jer, manalah tau masa akan datang Mummy dah tak suka koleksi ni bolehlah Mummy jual semula.