Wednesday, February 16, 2011

TIFFIN ENAMEL DAUN MAPLE


Koleksi mangkuk tingkat @ tiffin pertama Mummy. Beli dari Kak Nur dari Pondok Nur Salam . Harga RM120 + RM20 courier. Teringat zaman2 dulu2 masa kat kampung bila hari raya hantar ketupat rendang guna mangkuk tingkat.

BUNGA SABUN YATIM PIATU

Salam. 6 set cawan mulut lebar bunga sabun ni sampai hari Isnin lepas. Mummy beli dari Past Times Collectibles. Harga RM80 + RM15 courier. Sesiapa ada teko, creamer & sugar pot corak bunga sabun ni roger2 Mummy  ye.



GA Just For Fun 2 - Kelly's Life


Kali ni masuk pulak GA anjuran Kelly's Life .... hadiah2 dia tersangat2lah menarik dan boleh buatkan orang termimpi2 (termasuk Mummy la)...

Syarat2 GA ni senang je...

Follow Kelly's Life ( http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ ) & - DONE
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ ) - DONE
mesti follow dua2 blog ya:)
Open to followers with Malaysia address only ( delivery purpose ) - KOMPOM
Write N3 about this GA in your blog & link too - DONE
Leave your comment in this N3 - DONE

Dan hadiah2nye... ya ampunnnnnnnnnnnnnnn.... bestnye klu Mummy yang menang!!! Can u imagine semua hadiah kat bawah ni untuk seorang je pemenang... Oh I wish I akan menang... AMINNNNNN





GA - Past Times Collectibles

Kali ni Mummy nak mencuba nasib, masuk GA anjuran Past Times Collectibles. Syarat2nye mudah je dan yang pasti hadiah yang ditawarkan memang menarik.
 
TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE

TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE

TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU
 
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Jadi follower blog saya - DONE
2. Link kan blog saya dlm blog list anda - DONE
3. buat N3 GA ni dalam blog anda - DONE
4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )? - BARU LAGI TAK SAMPAI SETAHUN PUN, DAN KOLEKSI PUN CIPUT JE LAGI....
5. Apakah koleksi PML anda yang pertama? - BUNGA KANGKUNG
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung (PADA SAYA LA....)
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
f) Koleksi Meakin/ J & G ( pink, biru, kuning dan hijau )
 
Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011.

Saturday, February 5, 2011

Aku Kiciwa!

Oh aku kiciwa.. aku kiciwa...kerna .....

Petang tadi Mummy gi ke MAEPS dengan niat nak pi hunting PML... Daddy dengan rela  nak menemankan pulak hari... Tapi kan sampai je Putrajaya dah start gerimis, dalam hati cam dah terasa2 je pasar hari ni lengang sebab hujan... Sampai sanakan huhu bukan setakat lengang dengan pelanggan tapi lengang dengan penjual juga...

Keempat2 peniaga yang jual PML semua x bukak gerai hari ni, tak tau la sebab hujan or sebab cuti panjang so dia orang balik kampung kut... so frustlah juga.. tak dapat menambah apa2 koleksi....

Tengok ni kesian para no 2 tu, dah lama tunggu penghuni... dah reserved untuk keluarga BK je, keluarga lain duduk rumah kongsi lain....