Tuesday, May 31, 2011

SAKURA LAGI

Sakura Mummy berbunga lagi, walaupun kali ni sakura dari spesis yang berlainan dengan spesis yang Mummy ada. Tak apa la..janji sakura so bile dah duduk2 dekat2 tu nampak cantik gak....
2 Mug sakura burung berharga RM40* each


Besar bunga kat penutup mug ni...

Termos mug RM50*

Teko sakura butterfly ni RM60*


Koleksi sakura yang sedia ada....
 
* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.
 
 

SUGAR POT + MILK JAR ROS JAMBATAN

Koleksi rose jambatan Mummy berkembang lagi dengan ahli baru si creamer pot dan milk jar. Creamer dan sugar pot beli dari kawan FB Rosliana Radzuan dengan harga RM160*


Sugar pot yang cute... rasa cam muka orang je kan dengan dua telinga capang...hehhe


Milk jar

Bolehlah sugat pot dan milk jar ni bersama2 dengan suku sakatnye yang tak seberapa ni.

Sebiji teko besar dan 6 set cawan

Mug pink rose jambatan yang jarang ditemui

Rasanya cukuplah collect utk rose jambatan ni...heheh..boleh caya ke!!!


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.




Monday, May 30, 2011

BUNGA KANGKUNG : OREN

Koleksi bunga kangkung oren pertama dimiliki. Beli dari Cikgu CT. RM50*. Koleksi ni sangat2 susah nak dapat, harap2 lepas ni Mummy boleh lah tambah set cawan dia dan dapat ibu teko.

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Sunday, May 29, 2011

MAPLES

Bila dah terjebak dengan dunia PML ni memang parah la. Awal2 dulu nak collect bunga kangkung je, tapi semakin lama semakin banyak corak2 PML yang Mummy berkenan nak collect...huhuhu
Pakdin maples beli dari Cikgu CT. Harga RM130*

6 set cawan ni Mummy beli dari Ell, RM200*. Cun kan bila dah digandingkan dengan teko pak din tu... lepas ni memburu sugar pot dan creamer jar dia pulak.



* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.




Saturday, May 28, 2011

5 ROSES BERTELUR

Bukan ayam itek jer yang bertelor tapi koleksi 5 roses Mummy pun dah bertelor gak...heheh. Mummy dapat teko telor 5 roses dari collector Ain Zuryn. Harga memang meletop gak le... RM200*. Dah puas fikir, kalau tak ambik kali ni ntah2 akan datang harga lagimeletop2... Benda susah nak dapat memang harga boleh tahan la.

Bahagian depan teko ni bunga dia besar terang penuh le kat muka teko ni.

Bahagian belakang bung terang tapi kecik je saiz dia

Teko telor 5 roses ni kecik sikit saiz dia dibandingkan dengan teko telor BK, tapi yang pasti dua2 cunnnn

Antara teko 5 roses yang ada dalam simpanan Mummy


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Thursday, May 26, 2011

HITAM YANG MENAWAN - BUNGA-BUNGA CINTA

N3 kali ni tentang set teko baba nyonya dan anak2nya cuma tak tau nak panggil corak bunga apa ni. Corak bunga penuh warna warni berlatar-belakang warna hitam. Memang stand out betul.

Set ni terdiri dari teko cina, sebiji mug, milk jar, 4 biji cawan cina dan 2 mugs 1000 flowers aneka warna (ni nama Mummy suka2 bagi ye)... heheh. Semuanya ni Mummy beli dari kawan di FB, Mr Tan dengan harga RM250*. Keadaan barang2 ni masa sampai memang agak kotor dan kesan2 digunakan, so Mummy rendam semalaman dan lepas tu cuci dan samak.

Sihitam manis....


Macam2 jenis bunga ada kat teko ni...teratai, bunga raya, seri pagi. orkid...


Milk jar ala2 sampan tu...


Black is beautiful....


4 cawan cina....


2 mangkuk tambah nasi ni Mummy beli dari Cikgu CT dengan harga RM50* sebiji

Mugs 1000 flowers aneka warna... Lari dari background hitam tapi tetap cantik gak...



* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Monday, May 23, 2011

PELITA HIDUPKU

Koleksi pertama pelita Mummy ni beli dari Ain Zuryn. Harga RM45. Bila tengok pelita ni teringat zaman kecik2 dulu, duduk kat kampung tanpa bekalan elektrik. Teringat kat muka amoi tu...





Pelita kedua Mummy beli dari Eiyda. Pelita ni berharga RM35

Dua biji je pelita yang ada dalam simpanan... tak apa la daripada tak ada

Thursday, May 19, 2011

SUGAR POT + MILK JAR BUNGA PADI

 Sugar pot dan milk jar bunga padi ni Mummy beli dari Cikgu CT dengan harga RM160*.


Sugar put telinga capang....heheh


Milk jar yang putih suci

Saudara-ma yang sedia menanti kehadiran mereka....

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


MUG ROS JAMBATAN PINK

Mug ros jambatan warna pink ni Mummy beli dari Ain Zuryn dengan harga RM70*. Memang betul2 rare mug ni. Memang agak mahal mug ni, klu beli mug biasa kat Nilai 3 boleh dapat 50 biji kut...heheh.

Bunga ros jambatan besar di sebelah hadapan.

Bunga sekuntum ros di sebelah hadapan.

Koleksi ros jambatan sedia ada setakat sebiji teko bulat dan 10 set cawan. Mummy ada beli milk jar dan sugar pot tapi belum sampai lagi.

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.

Wednesday, May 18, 2011

CREAMER JAR PADI

Milk car bunga padi ni Mummy beli dari rakan FB, Kak Pujiyana.. RM45 je, memang berbaloi la harga yang dia jual.


Bila dah dapat sugar pot, kira almost lengkap koleksi Mummy untuk bunga padi ni.

Monday, May 16, 2011

5 ROSES - MRS POT DAN 3 ANAK

Sedikit tambahan kepada koleksi 5 roses Mummy. Kali ni Mummy beli mrs pot dan 3 cawan 5 dari FB Mr Tan. Harga RM100.

Mrs Pot saiz sederhana dan 3 cawan mulut lazer tanpa piring

Mrs Pot 5 roses saiz sederhana... warna bunga sangat cerah di sebelah hadapan 

Di sebelah belakang teko ni ada tulisan cina pulak... apa makna dia yer? Siapa tahu pls translate...

Uniknya 3 cawan2 ni adalah di sebelah belakang ada tulisan cina. Tapi rasanya makna tulisan ni berlainan dengan yang tertulis di belakang teko.Di sebelah hadapan gambar 5 roses yang cerah (lupa nak snap close-up la pulak)

Sunday, May 15, 2011

SAKURA BERGUGURAN

Akhirnya Mummy berjaya juga dapat teko aladin bunga sakura ni... lalallalala... suka sangat. Mummy beli dari mudah.my. Teko aladin ni dijual bersama dengan 6 cawan dan sebiji piring. Semua berharga RM350*. Masa tengok kat gambar tu Mummy ingat set teko ni cum dengan 6 set cawan dan piring rupa2nye cuma teko aladin , 6 cawan mulut lebar @ mulut lazer dan sebiji piring jer....  bila bukak kotak dan cek cuma ada sebiji piring je Mummy terus sms penjual tu, rupa2nya dia memang ada letak kat description barang yang dia nak jual tu cuma Mummy yang tak perasan kut. Tak apa la... next time be carefull Mummy

Pak Din dengan 6 anak bermulut lazer dan sebiji piring.

Sukeeeeeeeeeeee

Cawan mulut lazer...

Dalam minggu yang sama Mummy ada beli 6 set cawan bertutup sakura. Mummy beli dari FB Pml Geroboklama Dapurkayu  dengan harga RM145*. Nun jauh dari Sarawak cawan sakura ni terbang. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya.

Corak sakura ni berbeza dengan set teko aladin yang Mummy beli sebelum ni. Sakura berlainan spesis la ni

Corak kat cawan2 ni macam lukis tangan je

Bunga kat penutup tak sama design.

Ini pulak 6 set cawan bentuk A yang Mummy mula2 beli....

Pak Din berkumpul dengan anak2 nya... tapi kesian kan Pak Din ni menduda dia. Kalau ada Mrs Pot dia kan cun...Kalau dapat milk jar dan sugar pot dia mesti lagi cun koleksi Mummy ni kan...
Masih ciput lagi koleksi Mummy ni... tapi alhamdulillah la...ada gak buat cuci2 mata

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.