Wednesday, June 29, 2011

PELITA MERAH

Pelita comel ni Mummy beli dengan harga RM35*

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Tuesday, June 28, 2011

MUGS 4 SEASONS

Mug 4 seasons 3 sekawan, merah, kuning dan hijau kebiruan

 
     
 

3 biji mug 4 seasons ni Mummy beli dengan harga RM100*. Kira sebiji RM30 la.

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Monday, June 27, 2011

TEKO TELOR WILD ROSES

Bunga yang sangat2 terang..... sukerrrrrrr


Belah belakang bunga 3 kuntum je...


4 biji teko telor dalam simpanan....




Mummy beli dengan harga RM90*.




Koleksi ciput wild roses.... baru je start collect... lepas ni nakair set cawan pulak


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Friday, June 24, 2011

CAWAN2 BK

Mummy rasa setiap peminat PML mesti ada koleksi bunga kangkung, tak kisah la samada set penuh atau pun sebahagiannya. Kalau nak ikutkan nak kumpul semua koleksi bunga kangkung ni, tak terkejar... banyak sangat jenis... cawan pun ada byk bentuk, teko lagilah, mangkuk, platter, ashtary...adoiiii memang boleh buat Mummy sesak poket ni... sebabnya Mummy ni bukan kumpul bunga kangkung ajer, semua jenis bunga nak kumpul, maklumlah... tamakkkk ... hihihi... 

Untuk cawan BK ni je kan Mummy pun tak tau lah ada berapa jenis sebenarnya, yang ada dalam simpanan Mummy cuma 6 jenis cawan jer, tapi Mummy ada nampak kat blog otai2 PML ni...cawan2 BK yang rare sangat design nye... layan je la apa yang Mummy ada yer...

Cawan mulut lebar/mulut laser... Mummy ada seketul je...jadilah daripada tak ada


Cawan siku tajam... ada dua set jer. Kalau kena siku ni mau luka berdarah...hehehe


Ini ada orang kata cawan kopitiam. Tapi cam boleh consider sebagai teko siku gak kut. Tengoklah siku dia tu. Ntahlah, nantilah Mummy tanya otai2. Cawan dia tebal dan kat bahagian bawah tu berlekok2, tangai dia bentuk siku gak ni.

Set cawan tak tau apa nama ni, Mummy ada 6 set gak tapi yang satu set tu tangkai dia dah patah. Memang dah cedera masa beli. Cawan ni nipis sangat, so cam tak confident jer nak guna untuk hidang teh. Takut la pulak tuang teh panas jer terus pecah berderai....hehehhe


Mummy ada 6 set cawan bentuk yang ni...bentuk yang ni lebih kurang cam bentuk yang atas tu tapi yang ni saiz dia besar sikit.


Set cawan bulat ni Mummy ada 6 set

Yang  kat bawah ni pulak cawan2 BK yang Mummy nampak kat blog otai2. Sangat2 rare kan design dia


Ini semua jenis2 cawan BK yang Mummy tengok ada kat blog Warisan Nenek . Nenek, cucu mintak izin pinjam gambar2 dari blog nenek ya.

MANGKUK BERTUTUP HITAM

Dua biji pasu mini @ tempayan mini bertutup... corak bunga2 hitam cam sama tapi tak serupa ....hehhehe. 2 biji bekas bertutup dengan harga RM60*

Hah kan nampak bentuk cam pasu/tempayan...

Pasu ni masa sampai kat Mummy memang masih melekat lagi kesan2 lumpur dan tanah. Jenuh gak nak bersihkan. So sekarang ni dah bersih cuma tak berapa shining je. Camana ye nak bagi bekas ni shining? Helppppppp me plzzz




* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Thursday, June 23, 2011

SELAMAT DATANG WILD ROSES

Selepas bunga kangkung, sakura, anggur, bunga sabuan dan lain-lain koleksi, sekarang ni Mummy terjatuh cinta dengan corak wild roses dan twin roses.


Set permulaan ini Mummy beli dengan harga RM90*. Cantikan corak bunga dia. Lepas ni misi memburu teko, set cawan, sugar pot dan milk jar.


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


SIGNAGE BUNGA KANGKUNG



Cantik tak signage kat atas tu? Hehehhe... bunga kangkung tu.... Mummy tempah dengan harga RM50. Tiga hari je dah dapat. Emmm....lepas ni bolehlah tempah signage corak bunga sakura or 5 roses.

Wednesday, June 22, 2011

TEKO MAPLES

Mummy dapat teko maples bulat besarrrr punye. Tapi ada kisah disebalik ketibaan teko maples ni ke rumah.....hampir dua minggu teko ni baru sampai kat Mummy akibat penjual tersalah hantar ke alamat pembeli lain... ni kes salah masuk kotak la....heheh.

Teko ni Mummy beli dengan harga RM120*

Corak daun maples yang sangat terang... rasa cam nak kutip selai2 je daun tu...heheh


Kat belah belakang ada dua helai daun je

Teko bulat tu boleh la bersama dengan suku sakatnya yang lain. Harap2 lepas ni dapa tla sugar pot dan milk jar dia.


 
* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


SUGAR POT 5 ROSES

Selain dari corak bunga kangkung, Mummy suka betul dengan corak 5 roses. Cantik betul 5 kuntum ros yang merah cerah tu.

Sugar pot 5 roses ni pun Mummy baru dapat. RM130* dari cikgu CT.


Comelkan....

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.

Monday, June 20, 2011

MUG BERTUTUP 5 ROSES

Bunga yang sangat2 terang... cun kan!!!

Kat penutup dia ada dua jambak bunga 5 roses ni....

Mug 5 roses yang cantik ni Mummy beli dari LC dengan harga RM40. Mummy dah booked dua biji tapi terpaksa berkongsi sorang sebiji dengan  collector lain atas sebab2 yang tak adapat dielakkan. Tak pe la ada rezeki nanti bertambah lah mug 5 roses Mummy nanti.


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.

Thursday, June 16, 2011

PELITA COMEL 5 ROSES





Pelita comel ni Mummy beli dari rakan FB, Iwan. Harga RM30* je.



Sunday, June 12, 2011

SAUCE JAR

Sauce jar ni dah dua minggusampai ke tangan Mummy tapi lupa nak buat n3 pulak. Walau saiz cinonet je tpai harga boleh tahan gak... RM70*


Bandingkan saiz sauce jar ni ngan cawan mulut lazer... kecik jer kat bekas sauce ni

Koleksi sakura yang Mummy ada

Untuk koleksi sakura ni, Mummy nak cari sugar pot dan milk jar dia je...lepas tu cukup dah kut....hehehe

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


 

Thursday, June 9, 2011

MRS POT BUNGA PADI

Teko Mrs Pot yang seksi ni Mummy beli dari Cikgu CT dengan harga RM130*. Bolehlah berganding dengan suku sakatnya kat bawah ni.

Suku sakat yang sedia menunggu

Dua biji milk jar yang berlainan bentuk dan sebiji sugar pot telinga capang


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.