Wednesday, August 24, 2011

Kekwa Merah Berkembang Lagi

Koleksi kekwa merah Mummy bertambah dengan kehadiran sebiji teko pakdin 6 biji cawan ML. Kesemuanya Mummy beli dari Kak Nanie. Pakdin kekwa merah yang sungguh rare ni dapat dari Kak Nanie dengan harga RM220*. Mahal? Memang mahal pun tapi ntah2 2-3 tahun lagi dah jadi 3-4 ratus siapa tau..hahahah. Cawan ML tu pulak sepasang RM30*.

Sebelum ni Mummy dah ada sebiji teko pak din, sebiji teko bulat, sebiji teko mini, 2 set cawan ML merah samar, sebiji mangkuk kecil dan sebiji pinggan  mungkum.

Ni je yang Mummy ada... harap2 lepas ni jumpa creamer dan sugar pot dia... barulah lengkap

Sekarang ni mummy ada 6 set cawan ML kekwa merah cerah dan 2 set cawan ML kekwa merah samar

Yang merah cerah ni bunga dia besar sikit yang merah samar ni kecil sedikit


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Wednesday, August 17, 2011

Mangkuk Ayun...ops Mangkuk Tingkat


Dulu masa kecik2 bila dah lepas separuh ramadhan emak abah akan sibuk 'monjong'. Uols tau tak 'monjong' tu apa? Kalau ikut kamus JaWorlds, monjong tu "memberi juadah berupa lauk pauk untuk hidangan berbuka atau hari raya". Zaman dahulu kebiasaannya selepas setengah Ramadhan aktiviti monjong ni memang aktif. Selalunya bagi ketupat dengan berbagai2 lauk. Dan masa penghantaran selalunya sebelum Asar. Tujuannya supaya penerima tak perlu la masak juada untuk berbuka puasa. Dan kalau monjong tu kenalah guna mangkuk tingkat cam kat atas tu....nostalgia betul kan. Tapi mangkuk tingkat kat atas tu dah jadi kenangan je la, sekadar buat hiasan kat rumah Mummy... la ni kalau orang hantar pun guna plastik bungkus je or bekas 'tupperware' or 'tipu-ware' yang lebih selamat dan tak tumpah... apa2 pun barang lama jangan dibuang... buat kenang2an..