Monday, December 12, 2011

CREAMER MAPLES

Banyaknya sawang2 kat blog antik mummy ni ye... busy dan tak sempat nak update la... adalah few items yang baru sampai ke tangan mummy dalam sebulan dua ni... nanti ada masa mummy story la one by one

Si creamer maples bersama dengan adik-beradik tirinya. Bila dah dapat barulah perasan corak daun2 maples tu berbeza rupanya... oh ya cremer tu mummy beli dengan harga RM150*


Monday, November 14, 2011

WAJAH KESAYANGAN HAMBA



Koleksi kekwa merah yang sangat2 Mummy sayang.... menunggu creme dan sugarpot nye. Tak pernah nampak lagi la pulak kat mana2. Tapi kalau ada pun sure mahal meletops orang jual kut.

Wednesday, November 9, 2011

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

Lamanya blog antik Mummy ni terbiar, sawang2 pun dah penuh. Tak ada apa koleksi yang bertambah tu yg tak buat apa2 n3.



Oklah n3 kali ni pasal GA. Dah lama Mummy tak  masuk mana2 GA. Ala saja je suka2, kalau ada rezeki boleh dapat hadiah...hehee. Kali ni nam masuk GA yang dianjurkan oleh Kak Nannie. Beliau akan menganjurkan GA ni bermula 9 November sehingga 17 November. Pada sape2 yang rasa xde mood nak masak tu jom la join GA ni sebab Kak Nannie menyediakan hadiah berupa piring melamin, cawan penyukat dan papan pemotong. Kot2 la dengan hadiah tu akan meningkatkan semangat kita semua untuk memasak..


Wassalam...

Thursday, September 29, 2011

WILD ROSES DAH MEMBIAK

Dah lama Mummy tak membeli dan menambahkan koleksi PML Mummy kan... huhuh....puasa kejap la uols... duit banyak hanyut masa naksambut raya tu... heheh...layan je la ye... Mummy ngantuk ni nak zzzzz kejap, kat opis sorang2 je, kaum lelaki semua dah gi solat, yang pompuan gi merayap makan...lagi pun keadaan perut amat2 tidak menyelesakan...

Teko  4 biji ni baru je sampai ke tangan Mummy all the way from Kelantan. Beli teko 4 biji dapat percuma sepasang cawan. Teko bentuk biasa kat belah belakang tu RM80, teko telor besar RM160,  teko montok RM100 dan teko telor kecil RM100

Dah bersatu dengan teko2 lain yang Mummy ada... kalau dapat teko kotak or pak din bestnya. Creamer dan sugar pot nye punnak kena cari ni

Teko telor 3 beradik ... telor puyuh, telor ayam dan telor itik. Ni kira sama emak lain bapak la, tu yang jadi bunga kat telor tu berlainan corak

Ni je koleksi wild roses yang Mummy ada. 2 set cawan baru je sampai pagi ni kat opis. Tak bukak lagi pun.

6 set cawan wild roses warna coklat... ntah bila nak dapat tekonye



  • T

Wednesday, August 24, 2011

Kekwa Merah Berkembang Lagi

Koleksi kekwa merah Mummy bertambah dengan kehadiran sebiji teko pakdin 6 biji cawan ML. Kesemuanya Mummy beli dari Kak Nanie. Pakdin kekwa merah yang sungguh rare ni dapat dari Kak Nanie dengan harga RM220*. Mahal? Memang mahal pun tapi ntah2 2-3 tahun lagi dah jadi 3-4 ratus siapa tau..hahahah. Cawan ML tu pulak sepasang RM30*.

Sebelum ni Mummy dah ada sebiji teko pak din, sebiji teko bulat, sebiji teko mini, 2 set cawan ML merah samar, sebiji mangkuk kecil dan sebiji pinggan  mungkum.

Ni je yang Mummy ada... harap2 lepas ni jumpa creamer dan sugar pot dia... barulah lengkap

Sekarang ni mummy ada 6 set cawan ML kekwa merah cerah dan 2 set cawan ML kekwa merah samar

Yang merah cerah ni bunga dia besar sikit yang merah samar ni kecil sedikit


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Wednesday, August 17, 2011

Mangkuk Ayun...ops Mangkuk Tingkat


Dulu masa kecik2 bila dah lepas separuh ramadhan emak abah akan sibuk 'monjong'. Uols tau tak 'monjong' tu apa? Kalau ikut kamus JaWorlds, monjong tu "memberi juadah berupa lauk pauk untuk hidangan berbuka atau hari raya". Zaman dahulu kebiasaannya selepas setengah Ramadhan aktiviti monjong ni memang aktif. Selalunya bagi ketupat dengan berbagai2 lauk. Dan masa penghantaran selalunya sebelum Asar. Tujuannya supaya penerima tak perlu la masak juada untuk berbuka puasa. Dan kalau monjong tu kenalah guna mangkuk tingkat cam kat atas tu....nostalgia betul kan. Tapi mangkuk tingkat kat atas tu dah jadi kenangan je la, sekadar buat hiasan kat rumah Mummy... la ni kalau orang hantar pun guna plastik bungkus je or bekas 'tupperware' or 'tipu-ware' yang lebih selamat dan tak tumpah... apa2 pun barang lama jangan dibuang... buat kenang2an..

Wednesday, July 27, 2011

CAWAN2 MULUT LAZER

Pada Mummy cawan mulut lazer, mulut jahat atau mulut lebar adalah cawan2 yang paling cantik dan Mummy suka. So far Mummy ada 10 jenis cawan mulut lazer yang berbeza corak bunga. Bilangan set cawan ni ada yang 12set (ros hitam), 6 set (sakura, 5 roses, bunga sabun, daun maples), 4 set(corak buluh, bunga hitam) dan ada yang cuma satu set cawan je (BK & kekwa merah)...huhuh...

Thursday, July 14, 2011

SET TEKO HITAM

Set teko dan cawan baba nyonya bunga2 hitam ni Mummy beli denganharga RM177*. Ada kisah sedih ni pasal set hitam ni. 

Akibat terlalu ghairah bila tengok teko, sugar pot, milk jar dan 5 cawan mulut laser ni kan sampai Mummy lupa dengan penutup teko dan sugarpot. Biasala bila organ hantar barang2 kaca ni paper bergumpal2 kat dalam kotak tu memang banyak tu yang Mummy lupa langsung pasal penutup bila dah tengok set yang cun. Dah bukak barang kelmarin baru malam tadi masa nak kemas2 dan letak set teko baru ni dalam almari baru Mummy terperasan kenapa teko dan sugarpot tak de penutup pulak, masa tu dah tengah malam so Mummy takut la nak pegi ke tempat sampah nak ambik semula kotak yang dah dibuang kut2 belum diangkut lori sampah lagi.

Pagi tadi masa Daddy nak gi surau solat subuh Mummy punkeluar ke tempat sampah...huhuhu.... dukacita la sampah dah diangkut petang semalam rupanya.....

Set lengkap (tapi dah jadi set togel sebab tak de penutup)... teko ,sugar pot,milkjar dan 5 cawan mulut laser 


Kesian kat ko teko... tak pe ye jangan sedih2 .. nanti Mummy carikan tudung  baru ko ye


Baru perasan rupanya sebelum ni Mummy dah ada milk jar sebiji cam ni, so la ni ada 2 biji milk jar yang sama

Sugar pot tak tutup aurat....tarak tudung daaa


5 set cawan mulut laser... cawan dan piring dia ni tebal
CAWAN


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.



Thursday, July 7, 2011

TEKO SIKU ROS HITAM KEHIJAUAN


Mummy beli teko siku ros hitam kehijauan ni sebab suka sengan bentuk teko ni. Saiz dia pun agak besar. Rasanya kalau tamu  6 orang cukup la air seteko ni. Teko siku ini berharga RM140*.


Corak bunga ros dia penuh dari muncung teko hinga ke pemegang




Belah belakang rose saiz kecil

Kalau boleh dapat 6 set cawan siku,cremer dan sugar pot siku ni mesti cun...


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.




Tuesday, July 5, 2011

MILK JAR 5 ROSES

Berjaya lagi menambah koleksi 5 roses dengan kehadiran milk jar yang sangat2 comel.


Bunga cantik


Sugar pot dan 2 milk jar yang Mummy ada


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.



Sunday, July 3, 2011

TEKO MINI WILD ROSES

Koleksi wild roses Mummy bertambah dengan kehadiran teko mini a.k.a teko cinonet a.k.a teko saiz xxs....

Teko mini cinonet wild roses ni harga dia RM60*. Teko ni betul2 cinonet sebab tinggi dia lebih kurang tinggi lighter jer. Walaupun masa diiklankan ditulis teko mini wild roses tapi Mummy tak sangka la pulak teko tu sekecik ni... huhuhu. Lain kali kalau nak beli barang on9 kena more prihatin....hehehe


Ni je la yang Mummy ada




* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.

Wednesday, June 29, 2011

PELITA MERAH

Pelita comel ni Mummy beli dengan harga RM35*

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Tuesday, June 28, 2011

MUGS 4 SEASONS

Mug 4 seasons 3 sekawan, merah, kuning dan hijau kebiruan

 
     
 

3 biji mug 4 seasons ni Mummy beli dengan harga RM100*. Kira sebiji RM30 la.

* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.


Monday, June 27, 2011

TEKO TELOR WILD ROSES

Bunga yang sangat2 terang..... sukerrrrrrr


Belah belakang bunga 3 kuntum je...


4 biji teko telor dalam simpanan....




Mummy beli dengan harga RM90*.




Koleksi ciput wild roses.... baru je start collect... lepas ni nakair set cawan pulak


* Harga yang dipaparkan adalah untuk ingatan dan kegunaan Mummy dimasa akan datang dan bukan untuk menunjuk2.