Monday, January 3, 2011

Rumah Baru

Koleksi pinggan mangkuk antik yang Mummy simpan dalam kabinet tu Mummy dah susun kat almari sedia. Nak beli almari antik ntah bila lah ... nak bawak yang kat kampung pun tak jadi2... (Som mesti jeles ni..hahaah). Bila dah susun kat lamari ni barulah nampak cantik sikit. Tak tau bila koleksi ni nak bertambah, kalau ada orang jual online pun cepat je dah kena rembat dengan orang lain dan kekadang harga dia tu membuatkan Mummy mampu tengok je la... huhuhu...


Set teko yang Mummy paling suka... teko tu canatik sangat. Siap dengan milk jar dan sugar pot

Teko dengan bunga yang besar dan terang... tapi sayang cawan ada 5 ketul je

Yang depan ni 6 ketul cawan bujang kat belakang tu 6pcs cawan bulat

Teko 3 beradik .. besar, sedang dan kecil. Yang kecik tu tak ada penutup . Belah depan tu mangkuk kuih lompang or cawan teh cina

Mangkuk bubur besar dan kecil


Antara pinggan yang Mummy ada, untuk pinggan ni Mummy ada banyak gak la yang dalam kabinet lagi...

Ni set teko dan cawan mini 5 roses. Bunga kat cawan ni pudar sikir kalau bandingkan dengan bunga yang kat cawan.

Ini bukan set teko antik yer... teko seramik biasa dari china. Bolehlah setakat nak serve teh untuk 6 orang. Teko tu RM29.90 je dan 6 cawan dan piring u cuma RM36.90

Set mangkuk 3 beradik. Buy 1 get 1 free - RM 39.90

Mangkuk ais-krim siap dengan sudu... satu set mangkuk dan sudu RM4.50 je...



4 comments:

  1. dulu lagi aku dah suruh ko letak pinggan kat rak ni, drp ko letak gambar2 nampak semak, susun pinggan kan cantik

    ReplyDelete
  2. Ha kan lawa ko susun kat kabinet ni.Kena n colour kabinet.Pas ni sure si som suruh enal wat kabinet cam ni...Hello som

    ReplyDelete
  3. Kak Kay - nak tunggu almari antik dr kampung tu tak angkut2 lagi so guna apa yang ada la...

    Mama Janet - ni kabinet buku sebenarnya tapi tingkat atas dah transform jadi tempat pinggan ni... hihi... kretip kan..hahah...kabinet ni ada 5 para ni... baru 2 tingkat je berisi pinggan2 koleksi ni.... tunggu pinggan dari yati untuk utk letak kat para ke 3

    ReplyDelete
  4. pinggan kat rumah aku nak tak. sebab kau dah suka Bunga Kangkung kan...so transfer lah Corelle tu ke rumah aku

    ReplyDelete