Wednesday, August 17, 2011

Mangkuk Ayun...ops Mangkuk Tingkat


Dulu masa kecik2 bila dah lepas separuh ramadhan emak abah akan sibuk 'monjong'. Uols tau tak 'monjong' tu apa? Kalau ikut kamus JaWorlds, monjong tu "memberi juadah berupa lauk pauk untuk hidangan berbuka atau hari raya". Zaman dahulu kebiasaannya selepas setengah Ramadhan aktiviti monjong ni memang aktif. Selalunya bagi ketupat dengan berbagai2 lauk. Dan masa penghantaran selalunya sebelum Asar. Tujuannya supaya penerima tak perlu la masak juada untuk berbuka puasa. Dan kalau monjong tu kenalah guna mangkuk tingkat cam kat atas tu....nostalgia betul kan. Tapi mangkuk tingkat kat atas tu dah jadi kenangan je la, sekadar buat hiasan kat rumah Mummy... la ni kalau orang hantar pun guna plastik bungkus je or bekas 'tupperware' or 'tipu-ware' yang lebih selamat dan tak tumpah... apa2 pun barang lama jangan dibuang... buat kenang2an..

No comments:

Post a Comment