Tuesday, May 10, 2011

ANGGUR DAH BERBUAH

N3 sempena wedding anniversary Mummy & Daddy yang ke-13. Semoga jodoh kami dipanjangkan dan berkekalan hingga ke syurga. Semoga kami dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk melihat anak2 membesar dan berjaya di dalam hidup dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.

Oklah tak nak membebel panjang2 continue dengan koleksi Mummy kali ni. Set lengkap bunga anggur ni Mummy beli dari Cikgu CT . Set kedua termahal pernah Mummy beli... RM470*. Susah nak dapat pinggan mangkuk lama yang orang jual dalam set penuh ni, so selepas fikir dan fikir dan fikir akhirnya Mummy beli gak la.


Set terdiri dari 1 unit teko , 1 unit creamer jar , 1 unit sugar pot , 6 unit cawan tangkai siku , 6 unit saucer , 1 unit big cake plate 10" dan 6 unit cake plate 7"


Bunga kat teko, creamer jar dan sugar pot lebih cerah dibandingkan bunga pada cawan2, saucer dan plate tu.


6 set cawan siku ... pada Mummy bunga dia lagi nampak natural dan soft

Cake plate kecik 7"


Cake plate besar 10"


Sebelum ni Mummy dah ada 6 set cawan tangkai biasa ni


Set yang baru beli berjumpa dengan saudara-maranya...oklah set ni kira Mummy dah tutup buku la, consider dah lengkap.

* Harga yang dipamerkan bukan untuk menunjuk2 tapi sekadar untuk ingatan dan panduan kepada kawan2 peminat PML. Bila nak beli bolehlah compare dengar harga orang lain beli, baru kita tau harga yang kita bayar berpatutan atau tidak.

No comments:

Post a Comment